TAKLIMAT KHAS PERJUMPAAN GURU KAFA DAERAH MERSING BERSAMA PPID

6 Mac 2017 - Perjumpaan Guru KAFA bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Taman Nakhoda, Mersing.
Majlis dimulai dengan taklimat daripada Pengerusi Koperasi Guru Agama Kerajaan Johor (KOGAJ) dan seterusnya ucapan dan amanat daripada Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen.


MAJLIS PEISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2016

16 Februari 2017 - Majlis Peisytiharan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Endau pada jam 2.00 petang yang disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Haji Momen.
Tahniah kepada semua guru UPKK yang telah berusaha mencapai target UPKK 2016. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Tahniah Daerah Mersing yang telah berjaya mencapai kedudukan tempat ke 7 di Negeri Johor dengan memperolehi GPS 1.46. Begitu juga tahniah diucapkan kepada 2 sekolah terbaik UPKK daerah Mersing iaitu :
1) Sekolah Agama Tanjung Resang - 1.05
2) Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing - 1.06
 TERIMA KASIH CIKGU....

SELAMAT BERTUGAS KEPADA GURU KAFA BARU 2017

16 Januari 2017 - Selamat datang kepada guru-guru baru yang telah ditugaskan ke Daerah Mersing bermula 16 Januari 2017. Seramai 5 orang guru baru yang mana kesemuanya adalah dari anak jati Mersing. Semoga semua guru baru mampu mendidik anak-anak Islam Mersing lebih berakhlak mulia. In sya Allah. Begitu juga dengan guru-guru yang telah lama bertugas. Selamat mendidik anak-anak kita dengan ikhlas demi agama.

BENGKEL PENANDAAN BERPUSAT UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA 2016 DAERAH MERSING


18 OKTOBER 2016 - Bengkel Penandaan Berpusat Ujian Penilaian Kelas KAFA 2016 telah diadakan di Dewan Air Papan, Mersing.
Bengkel penandaan yang berlangsung selama beberapa hari ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut skrip kertas jawapan pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru pemeriksa UPKK yang telah dipilih untuk tahun 2016. Semoga jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.
In sya Allah, semoga kejayaan milik kita bersama. Mersing HEBAT...

BENGKEL BINA ITEM SOALAN AKHIR TAHUN KAFA DAERAH MERSING

16 - 18 Oktober 2016 - Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Akhir Tahun telah diadakan selama 3 hari di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa guru-guru.
Semoga semua murid SRA al-Khairiah mendapat keputusan yang cemerlang.


SEMOGA BERJAYA

10 OKTOBER 2016 hingga 13 OKTOBER 2016 -  Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016 akan berlangsung pada tarikh tersebut.
Sehubungan dengan itu, satu program telah diaturkan oleh Sekolah Rendah Agama al-Khairiah, Mersing iaitu Teknik Menjawab Soalan UPKK. Seramai 18 orang pelajar SRA al-Khairiah, Mersing telah hadir untuk mendengar sesi taklimat tersebut. Semoga usaha yang konsisten dapat membuahkan hasil yang cemerlang.

Semoga semua pelajar di Malaysia terutama Daerah Mersing dapat menjawab soalan UPKK dengan tenang dan tepat. Aaamiiin. MERSING HEBAT.

TAKLIMAT PENILAI AL-QURAN DAN PENGAWAS UPKK 2016

Taklimat Penilai al-Quran dan Pengawas UPKK 2016 telah diadakan di Sekolah Agama Tenglu, Mersing.
Taklimat tersebut turut dihadiri juga Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen dan Ustazah Jamaliah binti Othman, Penyelia Peperiksaan, Unit Pengurusan Akademik (UPA).
Semoga dengan taklimat tersebut peperiksaan UPKK 2016 bejalan dengan lancar dan semua pelajar dapat menjawab dengan tepat dan betul. Aaamiinn.




MAJLIS IHTIFAL KAFA KATEGORI NASYID MURID-MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2016

01 Ogos 2016 - Majlis Ihtifal KAFA Kategori Nasyid Bagi Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing Tahun 2016 telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Tenglu, Mersing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar S.A. Tenglu dan guru-guru S.A.Tenglu yang banyak membantu dari awal persiapan hingga ke akhir majlis , serta semua Guru Besar yang terlibat secara langsung dengan majlis ini.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Sekalung tahniah diberikan kepada Ustazah Paridah binti Muda, Guru Besar Sekolah Agama Sawah Dato di atas kejayaan memenangi Piala Pusingan Pertandingan Ihtifal KAFA Kategori Nasyid Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing.
Semoga Daerah Mersing memperoleh kejayaan yang cemerlang pada Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri yng dijangka akan diadakan di daerah Batu Pahat.


SELAMAT HARI GURU 2016

16 MEI 2016 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru agama di Daerah Mersing terutama semua guru KAFA. Semoga tahun ini memberi lebih inspirasi kepada semua guru agar terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

MAJLIS PERJUMPAAN GURU KAFA DAERAH MERSING BERSAMA PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH MERSING

5 April 2016 - Majlis Perjumpaan Guru KAFA Daerah Mersing bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing yang baru Ustaz Mohd Zamri bin Hj Momen telah diadakan di Sekolah Agama Sri Pantai, Mersing. Semoga dengan kehadiran semua guru KAFA pada hari tersebut seramai 90/92 orang dan amanat PPID Mersing dapat memberi semangat kepada warga pendidik agar sentiasa istiqamah dalam menjalankan tugas di arena pendidikan Islam.



PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...