KURSUS KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU KAFA

29 Mei 2012- AIR PAPAN.
Satu Kursus Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA telah diadakan di Dewan Air Papan Beach Resort, Mersing untuk semua guru KAFA di daerah ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan amanat Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sopian Bin Adam, Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, Unit Pengurusan Sekolah.
Manakala penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan kaedah atau teknik P&P ialah Ustazah Puspa Julina Binti Jaafar Sidiq dari Sekolah Kebangsaan Sawah Dato'. Beliau merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Daerah Mersing Tahun 2008.

SELAMAT HARI GURU











Kami mengucapkan kepada semua Guru Agama Daerah Mersing terutama semua Guru KAFA Daerah Mersing dengan ucapan SELAMAT HARI GURU.

TANGGUNGJAWAB PROFESION PERGURUAN

1. Tanggungjawab Terhadap Pelajaran.
a) Seorang guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
b) Guru perlu bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira faktor jasmani, emosi, politik, ekonomi, sosila, keturunan atau agama.
c)Guru perlu merahsiakan maklumat ikhtisas murid atau sulit kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
d)Guru perlu membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mana-mana pelajaran yang diajarnya di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
a) Guru perlu menghormati kedua ibu bapa pelajar.
b) Guru perlu berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dan bekerjasama dengan mereka
c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali yang berhak mengetahuinya.
d) Guru perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
e) Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
f) Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
a) Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.
b) Memupuk dalam setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan agama, keturunan dan kebudayaan.
c) Guru perlu menghormati masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
e) Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.
f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
a) Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.
c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan belajar bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

TEMUDUGA JAWATAN GURU KAFA

Ikalan jawatan kosong Guru KAFA Negeri Johor telah dibuka pada 19 Mac 2012 hingga 4 April 2012. Sehubungan dengan itu temuduga untuk jawatan tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 8 April 2012 sehingga 9 April 2012. Semoga berjaya kepada calon-calon yang telah dipanggil temuduga tersebut.

TUGAS GURU MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Mencari Ilmu
2. Beramal dengan ilmu
3. Menyayangi pelajar
4. Mengajar dengan niat menyelamatkan pelajar dari kesengsaraan akhirat
5. Meneladani Nabi s.a.w
6. Jangan menganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar
7. Mengutamakan pahala daripada orang lain
8. Memandang akibat yang buruk jika guru lalai dengan tanggungjawab

KURSUS PENDEDAHAN ILMU AL-QURAN BAGI GURU-GURU KAFA DAERAH MERSING

Pada 26 April 2012 bersamaan 4 Jamadilakhir 1433,Kursus Pendedahan Ilmu al-Quran bagi Guru-Guru KAFA daerah Mersing telah diadakan di Sekolah Agama Bukit Timbalan. Penceramah bagi kursus tersebut disampaikan oleh Ustaz Md Norman bin Md Noh, Penyelia Pendidikan Agama Daerah Mersing, Seksyen Kurikulum.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...