SELAMAT BERTUGAS TAHUN 2014

6 Januari 2014

Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing (Seksyen KAFA) telah menerima seorang guru KAFA yang baru bertukar ke daerah Mersing dari Negeri Kedah, Ustaz Mokhtar bin Abdul Hamid.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIKNYA.

KURSUS PEMANTAPAN ROHANI DIRI GURU-GURU AGAMA KAFA DAERAH MERSING

28 Ogos 2013 - Air Papan Beach Resort, Mersing.
Kursus yang diadakan selama satu hari ini bertujuan meningkatkan motivasi diri di kalangan guru-guru KAFA agar lebih komited terhadap profesion yang disandang. Guru-guru KAFA juga didedahkan secara ringkas maklumat serta penjelasan bahayanya fahaman syiah dan wahabi.
Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar.










SEMINAR PENDIDIKAN GURU-GURU KAFA DAERAH MERSING BERSAMA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

19 Februari 2013 - Hotel Sri Malaysia Mersing.
Seminar yang dihadiri oleh 94 orang guru KAFA adalah bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang isu pendidikan terkini dan memberi peluang kepada guru-guru untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Penceramah kursus dari Open University Malaysia iaitu :
1. Encik Ramli bin Husin
2. Prof Madya Hazidi Abdul Hamid.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Lokman dari OUM, Cawangan Johor yang banyak membantu sepanjang program kursus ini berjalan.







PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...