MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN PERSARAN GURU KAFA PERINGKAT NEGERI

Majlis APC (2013) dan Persaraan Guru KAFA (2013-2014) Peringkat Negeri Tahun 2015 telah diadakan pada 16 Februari 2015 di Dewan Besar Pusat Islam Johor. Cenderahati dan wang tunai disampaikan oleh Tuan Haji Norizan bin Kulob, Pengarah Jabatan Agama Johor. Daerah Mersing juga membawa seramai 45 orang guru yang turut menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang  2013.
Senarai nama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dari Daerah Mersing ialah:
1. Ustazah Duhaidah binti Idris
2. Ustazah Siti Sarijah binti Saminoh
3. Ustazah Hamidah binti Santan
4. Ustaz Mohaimin bin Ab Kahar
5. Ustazah Ramlah binti Abd Ghani
6. Ustazah Jubaidah binti Jusoh
7. Ustazah Manisah binti Pekeh
Ustazah Duhaidah binti Idris


Ustazah Siti Sarijah binti Saminoh


Barisan Penyelia KAFA dan guru-guru KAFA Daerah Mersing yang hadir ke Majlis APC
TAHNIAH DIUCAPKAN.

Senarai nama guru yang bersara tahun 2013 bagi Daerah Mersing :
1.Ustazah Baizda binti Mukri
2. Ustazah Manisah binti Pekeh
3. Allahyarham Ustazah Ramlah binti  Hashim
4. Ustazah Patimah binti Ali
Senarai nama guru bersara tahun 2014 bagi Daerah Mersing ;
1.Ustazah Saripah Jap binti Tuan Chik
2. Ustazah Sutiha binti Kasnawi
3. Ustazah Saonah binti Masguki
4. Ustazah Seti Warisah binti Hamzah
JASAMU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

BENGKEL PENANDAAN BERPUSAT UPKK TAHUN 2015

Mersing -  Pada 19 Oktober 2015 - telah diadakan Taklimat Penilai UPKK dan Bengkel Penandaan Berpusat UPKK 2015 yang diadakan di Sekolah Agama Tenglu. Kerjasama daripada Guru Besar Sekolah Agama Tenglu iaitu Ustazah Suzana binti Supari sangatlah memuaskan. Selesai taklimat diberi ketua penilai memulakan sesi pertukaran skrip jawapan pelajar mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Semoga semua calon UPKK Daerah Mersing memperoleh keputusan yang cemerlang. In sya Allah.

TAKLIMAT PENGAWAS UJIAN PENILAIN KELAS KAFA (UPKK) 2015

Mersing - Pada 1 September 2015 Taklimat pengawas UPKK telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyelia Peperiksaan (Ustazah Jamaliah binti Othman) yang bersama-sama memberi kerjasama semasa taklimat tersebut.
Taklimat tersebut diakhiri dengan ucapan Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing iaitu Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir yang berharap agar peperiksaan UPKK 2015 dapat berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

BENGKEL MEMBINA ITEM SOALAN KAFA AKHIR TAHUN 2015

Mersing - Pada 7 hingga 8 Oktober 2015 telah diadakan Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Akhir Tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing. Tahniah kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama al-Khairiah, Mersing.

TAHNIAH KUMPULAN NASYID PUTERI SAUTUL SOFWA

Kumpulan Nasyid Puteri Sautul Sofwa telah Berjaya mendapat tempat ke-3 pada pertandingan Nasyid Sempena Pertandingan Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri di daerah Muar pada 15 September 2015.
Tahniah diucapkan kepada semua guru yang menjayakan terutama guru-guru Sekolah Agama Sawah Dato'.
Tahun depan kita JUARA ye...

AKTIVITI KURSUS KAFA 2015

1. Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Setengah Tahun 2015 - 11 hingga 13 Mei 2015
2. Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Akhir Tahun 2015 - 7 hingga 8 Oktober 2015
3. Taklimat Pengawas Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2015 - 1 September 2015
4. Bengkel Penandaan Berpusat UPKK 2015 - 19 Oktober 2015

PERTANDINGAN MAJLIS IHTIFAL KAFA KATEGORI NASYID MURID-MURIS SAKJ DAERAH MERSING

4 Ogos 2015 (Selasa) -  Pertandingan Nasyid telah diadakan di Dewan Kuliah Politeknik Mersing denga  penyertaan 8 buah sekolah bagi kategori Nasyid Putera manakala 6 buah sekolah bagi kategori Nasyid Puteri.
Johan bagi kategori Nasyid Putera : Kumpulan Ideal (Sekolah Agama Tanjung Resang)

Johan bagi kategori Nasyid Puteri : Kumpulan  Soutul Sofwa (Sekolah Agama Sawah Dato')

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya wakil daerah Mersing ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 15 September 2015 di Daerah Muar.
Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir yang merasmikan Majlis Penutup Ihtifal Nasyid KAFA Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing.

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA ( UPKK ) TAHUN 2015

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan diadakan selaras satu Malaysia mengikut jadual yang telah ditetapkan bermula pada 5.10.2015 ( Isnin ) hingga 8.10.2015 (Khamis ).

Semoga semua pelajar terutama pelajar-pelajar Daerah Mersing khasnya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga dipermudahkan segala urusan peperiksaan.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...