BENGKEL PENANDAAN BERPUSAT UPKK TAHUN 2015

Mersing -  Pada 19 Oktober 2015 - telah diadakan Taklimat Penilai UPKK dan Bengkel Penandaan Berpusat UPKK 2015 yang diadakan di Sekolah Agama Tenglu. Kerjasama daripada Guru Besar Sekolah Agama Tenglu iaitu Ustazah Suzana binti Supari sangatlah memuaskan. Selesai taklimat diberi ketua penilai memulakan sesi pertukaran skrip jawapan pelajar mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Semoga semua calon UPKK Daerah Mersing memperoleh keputusan yang cemerlang. In sya Allah.

TAKLIMAT PENGAWAS UJIAN PENILAIN KELAS KAFA (UPKK) 2015

Mersing - Pada 1 September 2015 Taklimat pengawas UPKK telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyelia Peperiksaan (Ustazah Jamaliah binti Othman) yang bersama-sama memberi kerjasama semasa taklimat tersebut.
Taklimat tersebut diakhiri dengan ucapan Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing iaitu Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir yang berharap agar peperiksaan UPKK 2015 dapat berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

BENGKEL MEMBINA ITEM SOALAN KAFA AKHIR TAHUN 2015

Mersing - Pada 7 hingga 8 Oktober 2015 telah diadakan Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Akhir Tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing. Tahniah kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama al-Khairiah, Mersing.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...