BENGKEL BINA ITEM SOALAN KAFA SETENGAH TAHUN 2017

7 hingga 9 Mei 2017 - Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama al-Khairiah
Selama 3 hari telah diadakan Bengkel Bina Item Soalan KAFA Setengah Tahun 2017 untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing.
Semoga anak-anak ini dapat menjawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. In sya Allah.

TAKLIMAT SEMAKAN PENDAFTARAN NAMA CALON UPKK 2017

16 April 2017 - Taklimat Semakan Pendaftaran Nama Calon UPKK Tahun 2017 telah diadakan pada  16.4.2017 di Sekolah Agama Taman Nakhoda.
Taklimat awal disampaikan oleh Ustazah Hajah Noriah binti Abd Hamid, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Akademik yang meminta semua guru UPKK sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan UPKK 2017.
Taklimat ini seterusnya disampaikan oleh Ustazah Rozaida binti Daud dan Ustazah Norhani binti Abd Wahab, Penyelia KAFA Daerah Mersing.
Ucapan perasmian seterusnya di berikan oleh Ustaz Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing yang meminta semua guru sentiasa mengIKHLASKAN diri dalam setiap PdP.
Semoga Tahun 2017 menjadi milik kejaayan UPKK Daerah Mersing. In sya Allah.... aaamiiinn.






PEMANTAUAN CALON GURU KAFA CEMERLANG DAERAH MERSING

27 Mac 2017 -  Pemantauan Calon Guru KAFA Cemerlang Peringkat Negeri di Sekolah Agama Bandar Endau. Calon Guru KAFA Cemerlang bagi Daerah Mersing ialah Ustazah Rabiatul Izza binti Don yang telah mula berkhidmat sebagai Guru KAFA bermula 4 Januari 1998 hingga sekarang.
Pemantauan Guru KAFA Cemerlang diketuai oleh Ustazah Hajah Mahanom binti Sabudin, Penolong Pegawai Unit Naziran dan Ustazah Salina binti Rosli Penyelia KAFA Negeri Johor.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar dan barisan guru Sekolah Agama Bandar Endau yang sentiasa memberi layanan kepada kami semua.



TAKLIMAT KHAS PERJUMPAAN GURU KAFA DAERAH MERSING BERSAMA PPID

6 Mac 2017 - Perjumpaan Guru KAFA bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Taman Nakhoda, Mersing.
Majlis dimulai dengan taklimat daripada Pengerusi Koperasi Guru Agama Kerajaan Johor (KOGAJ) dan seterusnya ucapan dan amanat daripada Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen.


MAJLIS PEISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2016

16 Februari 2017 - Majlis Peisytiharan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Endau pada jam 2.00 petang yang disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Haji Momen.
Tahniah kepada semua guru UPKK yang telah berusaha mencapai target UPKK 2016. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Tahniah Daerah Mersing yang telah berjaya mencapai kedudukan tempat ke 7 di Negeri Johor dengan memperolehi GPS 1.46. Begitu juga tahniah diucapkan kepada 2 sekolah terbaik UPKK daerah Mersing iaitu :
1) Sekolah Agama Tanjung Resang - 1.05
2) Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing - 1.06
 TERIMA KASIH CIKGU....

SELAMAT BERTUGAS KEPADA GURU KAFA BARU 2017

16 Januari 2017 - Selamat datang kepada guru-guru baru yang telah ditugaskan ke Daerah Mersing bermula 16 Januari 2017. Seramai 5 orang guru baru yang mana kesemuanya adalah dari anak jati Mersing. Semoga semua guru baru mampu mendidik anak-anak Islam Mersing lebih berakhlak mulia. In sya Allah. Begitu juga dengan guru-guru yang telah lama bertugas. Selamat mendidik anak-anak kita dengan ikhlas demi agama.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...