Majlis Perdana Ulama , Umara , Imam dan Guru KAFA Bersama YB. Perdana Menteri

Pada 16 Disember 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Perdana Ulama ~ Umara + Imam bersama YAB Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis ini dihadiri lebih 2000 peserta, yang terdiri daripada para imam, guru-guru, mufti-mufti dan para umara. 
Majlis ini diserikan dengan Pelancaran Buku 1 Malaysia Sudut Pandangan Islam dan penyampaian sumbangan Buku Rujukan dan Bahan  Bantu Mengajar  KAFA oleh YAB Perdana Menteri. Sambutan peserta pada majlis ini adalah sangat membanggakan, turut serta dalam majlis ini, adalah YB  Timbalan Menteri, Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor  bin Hj. Husain dan Ketua Pengarah JAKIM, Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha.
jakim image
Ucapan dari Ketua Pengarah Jakim Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha.


Bagi Daerah Mersing seramai 3 orang yang telah hadir ke majlis tersebut iaitu:
1. Ustazah Norhani Binti Abd Wahab - Penyelia KAFA
2. Ustazah Norfadilah Binti Ali - Guru KAFA Sekolah Agama Sri Pantai.
3. Ustazah Norhaslinda Binti Khamis - Guru KAFA Sekolah Agama Bandar Endau.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...