PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020
Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekoran kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana negara kita berdepan dengan pandemik Covid 19.
Semoga negera Malaysia terus dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.
#kitajagakita
#stayathome
#jagajarak1meter
#elak3C
#amal3W





PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

1 JANUARI 2020
Pemantauan awal persekolahan bagi tahun 2020. Semoga anak-anak Daerah Mersing menjadi pelapis yang beriman, berakhlak dan berilmu.




MAJLIS PERJUMPAAN GURU KAFA BERSAMA PPID DAN TAKLIMAT KAFA

22 JANUARI 2020
Majlis Perjumpaan Guru KAFA Bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Haji Khalid bin Ithnin bersama Guru KAFA Daerah Mersing Tahun 2020
#bukupersediaanmengajar
#komitmen
#persatuankebajikankafajohor

SELAMAT DATANG GURU KAFA BARU 2020

16 JANUARI 2020
Selamat menjalankan tugas anda sebagai pendidik yang mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang muttaqin berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Semoga usaha murni dapat diteruskan bagi memastikan kanak-kanak Islam dapat mempelajari dan boleh menguasai asas-asas fardhu ain dan al_quran dengan baik.

Tahniah diucapkan kepada anda:
1.Imran Kamil bin Kamar
2. Mohamad Syafiq bin Aziz
3. Muhammad Fawwaz bin Masram
4. Nur Asyikin binti Faisal

PEMANTAUAN CALON GURU KAFA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019

18 April 2019 - Pemantauan Calon Guru KAFA Cemerlang Peringkat Negeri Johor Bagi Daerah Mersing di Sekolah Agama Belukar Juling.
Jutaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Agama Belukar Juling, Ustazah Suzana binti Sapari yang sentiasa ceria menyambut kedatangan kami berempat.
Ucapan terima kasih kepada pegawai dari pihak Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Ustazah Salina binti Rosli (Penyelia KAFA Negeri Johor) dan Ustazah Nadiah binti Awang (Penolong Pengarah UPPK, BPI,JAINJ)
Semoga Ustazah Wan Melati binti Ismail sentiasa cemerlang di hati semua pelajar.
#solatitutiangagama
sesi pengajaran dan pembelajaran 

Pegawai JAINJ

Kenangan bersama pegawai negeri dan Ustazah Wan Melati binti Ismail

PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2019

Pemantauan awal persekolahan telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.
Kami juga, Unit KAFA turut serta melakukan pemantauan awal persekolahan di beberapa buah sekolah di Endau antaranya:
1. Sekolah Agama Pusat Air Tawar
2. Sekolah Agama Tan Sri Abd Kadir
Pemantauan di Sekolah Agama Pusat Air Tawar

Pemantauan di Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir

Bersama Guru Besar Sekolah Agama Pusat Air Tawar dan Pegawai Nazir JAINJ

SELAMAT DATANG GURU KAFA DAERAH MERSING TAHUN 2019

4 MAC 2019
TAHNIAH kepada semua Guru KAFA Negeri Johor khas Guru KAFA Daerah Mersing yang telah melapor diri di Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.
Satu taklimat dan sesi suai kenal antara Guru KAFA baru bersama Haji Khalid bin Ithnin, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing telah diadakan.
Semoga kalian semua dapat sama-sama berjuang dalam mendidik anak bangsa ke arah mendaulatkan agama yang tercinta.
TAHNIAH :
1. ANIS ASLAHUDDIN BIN ABU SAMAH
2. MUHAMMAD AFIQ ZIKRY BIN ABDUL JALIL
3.MUHAMMAD ISKANDAR BIN ZAINUDDIN
4. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AHMAD
5. NURUL AISYAH BINTI KHAIRUL AZHAR
6. NUR NABIHAH BINTI AZIZ
7. NURAIN BINTI RAHMAT
8. NURSYAFIQAH BINTI HUSRI
9. ZUNAH NUR SYAFIQAH BINTI ZAIHAN
#solatitutiangagama
#sayangislamselamanya

TAKLIMAT PENGISIAN BORANG GURU KAFA DAERAH MERSING TAHUN 2019

23 Januari 2019 - Taklimat Khas telah diadakan bersama-sama Guru KAFA Daerah Mersing pada sesi awal tahun persekolahan 2019.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan semoga ada sinar kepada Guru dan Penyelia KAFA pada tahun 2019.
#solatitutiangagama

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2018

Tahun 2018 telah berakhir..... segala aktiviti bersama-sama Guru-Guru KAFA Daerah Mersing, Guru Agama SAKJ Daerah Mersing dan juga pelajar-pelajar SAKJ dan KAFA akan disimpan disini sebagai memori.
Kepada semua Guru KAFA Daerah Mersing didoakan semoga terus cemerlang dunia dan akhirat serta sentiasa berusaha dalam mendidik anak-anak murid menjadi "PELAJAR YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT". Insya Allah semua perkara yang baik akan berlaku jika kita menjaga amanah Allah yang utama ini.
1) Pemantauan Calon Guru KAFA Cemerlang Negeri

2) Taklimat Khas Guru KAFA Bersama PPID

3) Majlis Pengumuman Peperiksaan UPKK 2017

4) Majlis Pengumuman Peperiksaan UPKK 2018

5) Bengkel Bina Soalan KAFA Akhir Tahun 2018

6) Taklimat Pengawas UPKK 2018

7) Bengkel Penandaan Berpusat UPKK 2018

8) Pertandingan Nasyid Putera dan Puteri 2018

9) Taklimat UPKK di Sekolah Agama Kem Iskandar

10) Taklimat UPKK di MATAM

11) Taklimat UPKK di Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing

BENGKEL BINA ITEM SOALAN KAFA SETENGAH TAHUN 2017

7 hingga 9 Mei 2017 - Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Agama al-Khairiah
Selama 3 hari telah diadakan Bengkel Bina Item Soalan KAFA Setengah Tahun 2017 untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing.
Semoga anak-anak ini dapat menjawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. In sya Allah.

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...