Majlis ini dihadiri lebih 2000 peserta, yang terdiri daripada para imam, guru-guru, mufti-mufti dan para umara.
Majlis ini diserikan dengan Pelancaran Buku 1 Malaysia Sudut Pandangan Islam dan penyampaian sumbangan Buku Rujukan dan Bahan Bantu Mengajar KAFA oleh YAB Perdana Menteri. Sambutan peserta pada majlis ini adalah sangat membanggakan, turut serta dalam majlis ini, adalah YB Timbalan Menteri, Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husain dan Ketua Pengarah JAKIM, Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Ucapan dari Ketua Pengarah Jakim Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha.
Bagi Daerah Mersing seramai 3 orang yang telah hadir ke majlis tersebut iaitu:
1. Ustazah Norhani Binti Abd Wahab - Penyelia KAFA
2. Ustazah Norfadilah Binti Ali - Guru KAFA Sekolah Agama Sri Pantai.
3. Ustazah Norhaslinda Binti Khamis - Guru KAFA Sekolah Agama Bandar Endau.