1. Tanggungjawab Terhadap Pelajaran.
a) Seorang guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
b) Guru perlu bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira faktor jasmani, emosi, politik, ekonomi, sosila, keturunan atau agama.
c)Guru perlu merahsiakan maklumat ikhtisas murid atau sulit kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
d)Guru perlu membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mana-mana pelajaran yang diajarnya di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
a) Guru perlu menghormati kedua ibu bapa pelajar.
b) Guru perlu berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dan bekerjasama dengan mereka
c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali yang berhak mengetahuinya.
d) Guru perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
e) Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
f) Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
a) Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.
b) Memupuk dalam setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan agama, keturunan dan kebudayaan.
c) Guru perlu menghormati masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
e) Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.
f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
a) Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.
c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan belajar bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.