Aktiviti Bulan Jun 2011
1. Mengadakan pencerapan kepada guru-guru KAFA di sekolah yang terlibat bermula pada 13 Jun 2011 hingga 30 Jun 2011.
Ciri-Ciri Guru Cemerlang
BERILMU PENGETAHUAN
Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai profesion perguruan dan bidang yang diajar.Ia dapat memberi keyakinan pada pelajar bahawa gurunya akan dapat memberi pengajaran yang sempurna.
BERKEMAHIRAN
Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan menggunakan peralatan berteknologi.
CERDAS & CERGAS
Cerdas dan pandai mencerakin sesuatu masalah, dapat menjangka masalah yang mungkin timbul dan mengambil langkah awal untuk mencegahnya.
BERILTIZAM TINGGI
Mempunyai kesungguhan , ketekunan , dedikasi dan rasa bersalah jika tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya.
BERPANDANGAN POSITIF
Mempunyai tanggapan positif terhadap setiap pelajarnya dan berhak mendapat pendidikan serta berpotensi untuk dimajukan.
BERLAKU ADIL
Melayan semua pelajar secara sama rata tanpa membezakan .
IKHLAS
Bersungguh-sungguh menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan malah menganggapnya sebagai ibadah dan bersyukur apabila memperoehi kejayaan.
KREATIF DAN INOVATIF
Sentiasa berusaha mencari jalan memperbaiki kelemahan dan membuat perubahan yang boleh memberi faedah kepada diri dan pelajar.
BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN
Bijak berkomunikasi serta berupaya menjalin hubungan mesra dengan guru dan pelajar.
SENTIASA MENEPATI MASA
Bijak mengatur masa supaya dapat menghasilkan kerja yang baik mengikut masa yang ditetapkan.
BERWAWASAN
Berwawasan dan bercita-cita tinggi bahawa pelajar dan dirinya sendiri akan dapat mencapai sesuatu yang terbaik pada masa akan datang.
MENJADI CONTOH YANG BAIK
Guru seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Kata nasihat guru jangan bertentangan dengan perbuatannya.
PENYAYANG
Menyayangi pelajar seperti anak sendiri.
Kursus Fail Meja KAFA
Kursus ini dihadiri oleh semua Penyelia KAFA daerah di Negeri Johor yang diadakan di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat, Johor.
Aktiviti Bulan Mei 2011
1)9 Mei 2011 - Menghadiri Mesyuarat Dan Pemurniaan Fail Meja Penyelia-Penyelia KAFA Negeri Johor di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang, Johor.
2) 26 mEI 2011 - Menghadiri Bengkel Penyelarasan Sistem Fail KAFA Negeri Johor di Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru.
2) 26 mEI 2011 - Menghadiri Bengkel Penyelarasan Sistem Fail KAFA Negeri Johor di Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru.
Penyelia KAFA
1)Ustazah Rozaida Binti Daud telah berkhidmat bermula pada 15.9.1998 (sambilan) dan 21.12.2009 (kontrak) hingga sekarang.
2)Ustazah Norhani Binti Abd Wahab telah berkhidmat bermula pada 1.10.1998 (sambilan) dan 21.12.2009 (kontrak) hingga sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020
22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...
-
Assalamualaikum kepada semua. sukacita dimaklumkan bahawa iklan jawtan kosong Guru Agama KAFA Negeri Johor telah dibuka dan tarikh tutup pad...
-
Untuk makluman semua iklan jawatan kosong guru KAFA bagi Negeri Johor telah dibuka bermula 26 November 2012 dan tarikh tutup permohonan iala...
-
Ikalan jawatan kosong Guru KAFA Negeri Johor telah dibuka pada 19 Mac 2012 hingga 4 April 2012. Sehubungan dengan itu temuduga untuk jawatan...