BENGKEL PENANDAAN BERPUSAT UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA 2016 DAERAH MERSING


18 OKTOBER 2016 - Bengkel Penandaan Berpusat Ujian Penilaian Kelas KAFA 2016 telah diadakan di Dewan Air Papan, Mersing.
Bengkel penandaan yang berlangsung selama beberapa hari ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut skrip kertas jawapan pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru pemeriksa UPKK yang telah dipilih untuk tahun 2016. Semoga jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.
In sya Allah, semoga kejayaan milik kita bersama. Mersing HEBAT...

BENGKEL BINA ITEM SOALAN AKHIR TAHUN KAFA DAERAH MERSING

16 - 18 Oktober 2016 - Bengkel Pembinaan Item Soalan KAFA Akhir Tahun telah diadakan selama 3 hari di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa guru-guru.
Semoga semua murid SRA al-Khairiah mendapat keputusan yang cemerlang.


SEMOGA BERJAYA

10 OKTOBER 2016 hingga 13 OKTOBER 2016 -  Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016 akan berlangsung pada tarikh tersebut.
Sehubungan dengan itu, satu program telah diaturkan oleh Sekolah Rendah Agama al-Khairiah, Mersing iaitu Teknik Menjawab Soalan UPKK. Seramai 18 orang pelajar SRA al-Khairiah, Mersing telah hadir untuk mendengar sesi taklimat tersebut. Semoga usaha yang konsisten dapat membuahkan hasil yang cemerlang.

Semoga semua pelajar di Malaysia terutama Daerah Mersing dapat menjawab soalan UPKK dengan tenang dan tepat. Aaamiiin. MERSING HEBAT.

TAKLIMAT PENILAI AL-QURAN DAN PENGAWAS UPKK 2016

Taklimat Penilai al-Quran dan Pengawas UPKK 2016 telah diadakan di Sekolah Agama Tenglu, Mersing.
Taklimat tersebut turut dihadiri juga Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen dan Ustazah Jamaliah binti Othman, Penyelia Peperiksaan, Unit Pengurusan Akademik (UPA).
Semoga dengan taklimat tersebut peperiksaan UPKK 2016 bejalan dengan lancar dan semua pelajar dapat menjawab dengan tepat dan betul. Aaamiinn.




MAJLIS IHTIFAL KAFA KATEGORI NASYID MURID-MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2016

01 Ogos 2016 - Majlis Ihtifal KAFA Kategori Nasyid Bagi Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing Tahun 2016 telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Tenglu, Mersing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar S.A. Tenglu dan guru-guru S.A.Tenglu yang banyak membantu dari awal persiapan hingga ke akhir majlis , serta semua Guru Besar yang terlibat secara langsung dengan majlis ini.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Sekalung tahniah diberikan kepada Ustazah Paridah binti Muda, Guru Besar Sekolah Agama Sawah Dato di atas kejayaan memenangi Piala Pusingan Pertandingan Ihtifal KAFA Kategori Nasyid Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing.
Semoga Daerah Mersing memperoleh kejayaan yang cemerlang pada Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri yng dijangka akan diadakan di daerah Batu Pahat.


SELAMAT HARI GURU 2016

16 MEI 2016 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru agama di Daerah Mersing terutama semua guru KAFA. Semoga tahun ini memberi lebih inspirasi kepada semua guru agar terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

MAJLIS PERJUMPAAN GURU KAFA DAERAH MERSING BERSAMA PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH MERSING

5 April 2016 - Majlis Perjumpaan Guru KAFA Daerah Mersing bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing yang baru Ustaz Mohd Zamri bin Hj Momen telah diadakan di Sekolah Agama Sri Pantai, Mersing. Semoga dengan kehadiran semua guru KAFA pada hari tersebut seramai 90/92 orang dan amanat PPID Mersing dapat memberi semangat kepada warga pendidik agar sentiasa istiqamah dalam menjalankan tugas di arena pendidikan Islam.



MAJLIS PENGISYTIHARAN UPKK 2015 PERINGKAT DAERAH

20 Januari 2016 - Majlis Pengisytiharan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2015 Peringkat Daerah Mersing telah diadakan di Dewan Sekolah Agama Tenglu, Mersing, Johor yang disempurnakan penyampaian BIKP dan slip keputusan UPKK oleh Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing kepada semua Guru Besar.
Tahniah diucapkan kepada 3 buah sekolah cemerlang UPKK 2015 iaitu:
1. Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing
2. Sekolah Agama Tanjung Resang
3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing
Tahniah juga diucapkan kepada pelajar cemerlang UPKK 2015 daerah Mersing:
1. Adik Nurdina Aqilah binti Bukhari dari Sekolah Rendah Agama al-Khairiah Mersing -8A(95%)

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

29 Februari 2016 - Tahniah diucapkan kepada semua calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2014) Guru KAFA Negeri Johor terutama kepada guru-guru KAFA Daerah Mersing seramai 7 orang.
Majlis gilang gemilang itu diadakan di Hotel M-Suite, Johor Bahru yang disempurnakan penyampaian anugerah oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Haji Muji bin Salimon. Majlis tersebut turut meraikan guru-guru bersara 2015. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru terutama guru yang telah bersara kerana jasamu begitu berharga. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Senarai nama guru bersara:
1.Ustaz Buhari bin Maskan
2. Ustazah Rokiah binti Ungku Chik
3. Ustazah Tuminah binti Jaaffar
4. Ustazah Salmeh binti Saad
Senarai Nama Penerima APC Daerah Mersing:
1. Ustazah Rabiyatul Izza binti Don
2. Ustazah Nurzaliza binti Kamaruddin
3. Ustazah Norafizah binti Ka@Bakar
4. Ustazah Mastura binti Baharom
5. Ustazah Rusni binti Kassim
6. Ustazah Aniza binti Abdullah
7. Ustaz Abdul Rauf al-Haq bin Mohd Said


SELAMAT BERTUGAS

Selamat bertugas kepada semua guru KAFA baru Daerah Mersing

Bulan Januari 2016:
1. Ustazah Noor Hazwani bin Abdul Manaf
2. Ustaz Muhammad Zulfadli bin Zakaria

Bulan Februari 2016:
1. Ustaz Muhamad Hijan bin Zulkeflee
2. Ustazah Umi Syakirah binti Mazlam

Bulan Mac 2016:
1. Ustaz Muhamad Fitri bin Mazlam
2. Ustazah Nurlailatul Syahiera binti Ramghi
3. Ustaz Mohamad Amirul bin Johan

Bulan Januari 2015:
1. Ustaz Amirul Hakim bin Mat Shah

Bulan April 2015:
1. Ustazah Zuhaira Hanim binti Zaaber

Bulan Jun 2015:
1. Mohammad Ilyas bin Mohd Ali

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS WARGA PENDIDIK TAHUN 2016

3 Januari 2016 - merupakan tarikh awal persekolahan bagi tahun 2016. Semoga pada tahun ini memberi sinar baru kepada semua guru terutamaya Guru-Guru KAFA di Daerah Mersing. Sama-sama kita berdoa agar anak didik yang kita ajar, latih dan didik dapat menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat serta dalam apa jua bidang yang diceburi.
       Terdapat juga pertukaran dua orang guru KAFA yang berpindah ke sekolah lain kerana mengikut keluarga dan juga di atas kepentingan pihak jabatan. Namun, apa yang diharapkan guru-guru KAFA Daerah Mersing dapat bersama-sama membantu mendidik anak bangsa kita agar sentiasa mencontohi Rasullah S.A.W sebagai idola mereka dan menjadi baginda contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan mereka. Aamiin.

" GURU MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHAP 1 TAHUN 2020

22 JULAI 2020 Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahap 1 telah bermula 22 Julai 2020 setelah lama bercuti selama hampir 4 bulan ekora...